Bila seseorang memiliki keyakinan diri yang tinggi, dia secara langsung menjadi lebih aktif dalam kehidupannya. Hidup akan menjadi lebih baik dan hubungan dengan orang di sekeliling menjadi lebih rapat. Ramai antara kita yang saya dapati mengabaikan kepentingan memiliki keyakinan diri ini. Mereka mungkin tidak tahu akan kegunaannya. Keyakinan diri ini amat diperlukan sewaktu kita melakukan pengucapan awam, pembentangan, urus niaga, menduduki peperiksaan mahupun di dalam temuduga. Ia akan menentukan pencapaian kita dengan pihak yang menguji atau mendengar. Sekiranya keyakinan diri kita tinggi, maka pihak tersebut akan terpengaruh dan begitu juga sebaliknya.
Tidak menjadi masalah sekiranya kita tidak kacak, gemuk, pendek, mahupun bodoh dalam bidang tersebut. Dengan adanya keyakinan diri yang mencukupi, semua kelemahan kita akan dapat ditutup. Ini sekaligus menentukan samada kita akan berjaya atau kecundang dalam perkara yang kita lakukan.
Ada ramai orang yang akan cuba untuk mengajar kita cara untuk membina keyakinan diri. Tapi tidak semua orang tahu bagaimana untuk benar-benar mencapainya. Berikut adalah beberapa cara yang saya amalkan untuk membina keyakinan diri; Bukan untuk berlagak, tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu.
1. Kita adalah oksigen.
Bayangkan diri kita seperti oksigen yang amat diperlukan orang lain. Kita merupakan kawan karib orang itu walaupun pada hakikatnya kita baru saja berkenalan. Ini kerana, sekiranya kita merasakan rapat dengan orang itu, kita secara semulajadi menjadi kurang pemalu dan peramah. Hasilnya kita akan menyertai lebih dalam aktiviti kekeluargaan, pekerjaan atau sekolah, dan masyarakat. Ia bukan bererti kita menjadi agresif, tetapi ia bererti kita akan cuba untuk mengambil lebih bahagian dalam persekitaran.
2. Berfikiran positif.
Bayangkan pada setiap hari bahawa esok akan menjadi hari yang lebih baik untuk kita. Hasilnya, kita akan mencipta satu pola fikiran positif yang membolehkan diri untuk menjadi lebih bersedia menghadapi pelbagai situasi baik mahupun buruk.
3. Mengatur masa.
Mengasingkan angan-angan, tujuan dan aspirasi ke dalam dua kategori; jangka pendek dan jangka panjang. Ia membolehkan kita untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih teratur. Kita akan menjadi lebih realistik dan sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.
4. Sentiasa berhati-hati.
Kita mungkin akan bertanya pendapat daripada beberapa orang. Dan besar kemungkinan pelbagai pendapat yang berbeza akan kita perolehi. Di sini kita perlu mematangkan fikiran dan berfikir secara pro dan kontra bagi setiap pendapat tersebut. Terdapat beberapa orang yang tidak senang dengan pencapaian kita. Mereka ini akan berusaha cuba menjatuhkan kita dengan buah fikiran yang boleh memudaratkan.
5. Gaya berpakaian.
Tanggapan pertama amat penting bagi setiap orang. Semasa kita menonjolkan diri, kita harus memastikan bahawa pemakaian sentiasa kemas dan selesa. Dengan ini, keyakinan orang lain terhadap kita akan bertambah dan sekaligus menjadikan kita tidak kekok dengan pandangan negatif orang lain. Pakaian yang dikenakan juga haruslah bersesuaian dengan keadaan sekeliling!
6. Gaya rambut.
Tidak salah untuk menggayakan rambut engikut fesyen terkini. Tetapi biarlah bertempat. Sentiasa pastikan rambut anda boleh digayakan dengan 2 jenis fesyen; formal dan fesyen. Gaya rambut formal adalah perlu untuk sebarang urusan formal! Pastikan juga gaya tersebut tidak melihatkan anda sebagai seorang "nerd", tetapi sebagai seorang yang bijak walaupun hakikatnya tidak. :P
7. Ekspresi muka.
Senyuman perlulah seminima mungkin agar tidak menarik terlampau banyak perhatian dari orang lain. Ini bagi mengelakkan perasaan tidak selesa yang mampu mengganggu perhatian. Pastikan orang lain sedar bahawa kita sedang senyum. Pandangan mata sekiranya sedang berhadapan dengan seseorang, perlu dituju tepat pada matanya. Sekiranya kita sedang melakukan pengucapan awam atau pembentangan, pandang pada sesuatu benda yang berada di belakang orang tersebut. Ia akan memberi efek bahawa kita sedang memandang mereka sewaktu sedang berucap.
8. Persediaan.
Sediakan teks ringkas atau poin-poin penting tentang perkara yang akan dibincangkan. Kenalpasti urutannya agar kita tidak kelihatan gubra. Untuk pengucapan awam atau pembentangan, cuba berlatih dahulu sebelum memulakannya. Percakapan tidak terlalu laju atau terlalu perlahan bunyinya.
Monday, July 19, 2010
8 TIPS MEMBINA KEYAKINAN DIRI
| What do you feel ? : |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment